Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, KPPK telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi. Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). KPPK Cawangan Johor di peringkat awal beroperasi di Pejabatnya yang disewa iaitu Tingkat Atas (Rumah Kedai) di Jalan Majidi sehingga tahun 1976.
Pejabat KPPK Di Jalan Majidee (1974-1976)
Selepas itu, pada tahun yang sama Pejabat KPPK Cawangan Johor berpindah ke Tingkat Atas (Rumah Kedai) di Jalan Ali, Muar. Bangunan Pejabat ini juga disewa. (Dari tahun 1976 hingga 1985)
Pejabat KPPK yang terletak di Jalan Ali, Muar.
Untuk tempoh 7 tahun KPPK Cawangan Johor beroperasi di Jalan Ali sehingga pada tahun 1984 KPPK mampu mempunyai bangunan Pejabat sendiri iaitu Rumah Berkembar di No. 24, Lorong Jelawat 3, Taman Sungai Abong, 84000 Muar.
Pejabat KPPK Cawangan Johor di Taman Sungai Abong, Muar.
Selama 16 tahun lebih KPPK Cawangan Johor berpusat di sini. Banyak kenangan dan kejayaan serta susah dan senang sama-sama dirasai. Akhir sekali, KPPK Cawangan Johor mampu membeli sebuah Pejabat Baru yang lebih selesa lagi canggih iaitu Bangunan 3 Tingkat di No. 1-11, Jalan Indah 2, Taman Indah, Sungai Abong, Muar.
Bangunan Pejabat Baru ini telah dirasmikan pada 7 Oktober, 2000 bersamaan dengan hari Sabtu jam 9.00 pagi oleh YB Dato Chua Jui Meng