Hak bagi ahli biasa terbahagi kepada 3 aspek :

a) Hak Pengundian:

  • Ahli Biasa boleh menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana ahli yang berminat untuk bertanding bagi mana-mana jawatan.
  • Ahli Biasa layak untuk mengundi dalam kelakuan rahsia semasa pilihanraya cawangan atau ibupejabat.
  • Ahli Biasa mempunyai hak untuk bertanding dalam mana-mana jawatan samada di peringkat cawangan atau ibupejabat berdasarkan jawatan kosong.
  • Hak untuk terpilih sebagai Pemegang Amanah, Audit Dalaman, Pemeriksa Undi atau Penimbang Tara.


b) Hak Kewangan:

  • Hak ke atas manfaat dari Tabung Kebajikan, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Tindakan Perusahaan.
  • Layak untuk memohon pengecualian yuran bulanan jika menyambung belajar atau menghadiri kursus lebih dari 6 bulan tanpa perlu membayar atau bayar separuh sahaja.
  • Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
  • Hak ke atas pemeriksaan Buku Pendaftaran dan Akaun Kesatuan.
  • Hak untuk membuat aduan bertulis kepada Audit Dalaman mengenai penyelewengan kewangan.

c) Lain-lain Hak:

  • Hak untuk merahsia pengundian bertulis ke atas pindaan undang-undang KPPK merujuk kepada peningkatan yuran keahlian atau perkara berkaitan pengurangan manfaat kepada ahli-ahli.
  • Hak untuk membuat rujukan bertulis berkaitan percanggahan industri ke Setiausaha Cawangan.
  • Boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KPPK.
  • Boleh menikmati penerbitan siaran KPPK dari masa ke semasa.
  • Boleh menyertai mana-mana Skim Insurans yang diperkenalkan oleh KPPK.
  • Jika terdapat tindakan disiplin diambil ke atas ahli, kes tersebut akan dirujuk kepada Tribunal Pengadilan dan merayu kepada Delegasi Persidangan, jika didapati bersalah oleh Tribunal Pengadilan.