- Details
- Category: Mengenai Kami
- Details
- Category: Mengenai Kami
Antaranya kejayaan yang telah dicapai oleh KPPK:
- Jawatan tetap dan berpencen.
- Gaji sama bagi guru wanita.
- Pariti gaji.
- Baiki nisbah guru / murid.
- Kelonggaran syarat lulus Peperiksaan Am.
- Peluang kenaikan pangkat.
- Kemudahan perumahan / perubatan.
- Status tetap kepada guru wanita.
- Peningkatan status guru dari Kumpulan C kepada Kumpulan B.
- Cuti Sambilan / cuti perkahwinan.
- Gaji Dua Skim.
- Kadar elaun tanggungjawab.
- Peluang masuk universiti.
- Award Guru pakar / cemerlang.
- Tempoh cuti belajar tanpa gaji diambil kira bagi tujuan faedah persaraan.
- Pengwujudan jawatan kaunselor di sekolah-sekolah.
- Penggredan sekolah-sekolah rendah dan menengah.
- Perubahan ketara dalam PTK / Kursus Kenegaraan.
- Kenaikan pangkat secara Time-Based.
- Cuti untuk peperiksaan bagi guru-guru PJJ.
- Elaun Pengetua / Guru Besar.
- Keberkesanan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
- Hadiah Pergerakan Gaji (HPG).
- Kadar elaun warden dipertingkatkan.
- Gaji bagi guru sandaran terlatih yang bercuti bersalin.
- Imbuhan tetap keraian.
- Memendekkan tempoh Kursus Induksi.
- Pengwujudan jawatan Penolong Kanan Ko-Kurikulum di sekolah-sekolah menengah gred A.
- Rancangan pelajaran dalam buku rekod guru. (Rekod Persediaan Mengajar)
- Penempatan dan status guru PJJ.
- Peningkatan status Sijil Perguruan Asas ke taraf Diploma.
- Award Ganjaran Wang Tunai untuk Pengetua / Guru Besar.
- Tuntutan anomali C8 ke B10 atau B10 ke B8.
- Guru Biasa tidak perlu mengisi borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT).
- Kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia.
- Details
- Category: Mengenai Kami
Dilancarkan pada 10 Disember 1975 di pembukaan rasmi Persidangan Perwakilan Ke-2 bertempat di Sek. Men. Sam Tat, Jalan Brewster, Ipoh, Perak.
Pelukis: Encik Abdul Rashid Ahmad dari ITM.
Logo KPPK Mencerminkan:
Kiri atas : Bendera Malaysia menunjukkan semangat Kebangsaan.
Kanan atas : Roda menunjukkan kepentingan teknologi.
Kiri Bawah : Pena dan buku untuk pengetahuan.
Kanan Bawah : Alat-alat sains untuk kepentingan sains dan teknologi dalam pembangunan negara.
- Details
- Category: Mengenai Kami
Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, KPPK telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi. Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). KPPK Cawangan Johor di peringkat awal beroperasi di Pejabatnya yang disewa iaitu Tingkat Atas (Rumah Kedai) di Jalan Majidi sehingga tahun 1976.
Pejabat KPPK Di Jalan Majidee (1974-1976)
Selepas itu, pada tahun yang sama Pejabat KPPK Cawangan Johor berpindah ke Tingkat Atas (Rumah Kedai) di Jalan Ali, Muar. Bangunan Pejabat ini juga disewa. (Dari tahun 1976 hingga 1985)
Pejabat KPPK yang terletak di Jalan Ali, Muar.
Untuk tempoh 7 tahun KPPK Cawangan Johor beroperasi di Jalan Ali sehingga pada tahun 1984 KPPK mampu mempunyai bangunan Pejabat sendiri iaitu Rumah Berkembar di No. 24, Lorong Jelawat 3, Taman Sungai Abong, 84000 Muar.
Pejabat KPPK Cawangan Johor di Taman Sungai Abong, Muar.
Selama 16 tahun lebih KPPK Cawangan Johor berpusat di sini. Banyak kenangan dan kejayaan serta susah dan senang sama-sama dirasai. Akhir sekali, KPPK Cawangan Johor mampu membeli sebuah Pejabat Baru yang lebih selesa lagi canggih iaitu Bangunan 3 Tingkat di No. 1-11, Jalan Indah 2, Taman Indah, Sungai Abong, Muar.
Bangunan Pejabat Baru ini telah dirasmikan pada 7 Oktober, 2000 bersamaan dengan hari Sabtu jam 9.00 pagi oleh YB Dato Chua Jui Meng
- Details
- Category: Mengenai Kami
Matlamat KPPK
KPPK sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.
Ia juga berjuang untuk meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, KPPK juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.
Keistimewaan KPPK
- Kesatuan yang terbesar dalam Perkhidmatan Awam.
- Kesatuan guru yang tunggal di dalam Cuepacs.
- KPPK menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
- Pengasas Asean Council of Teachers (ACT).
- Anggota tunggal dari Malaysia dalam “Education International”.
- Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan agensi-agensi lain melalui Education International.