- Details
- Category: Keahlian
|
||||||||||||||||||
- Details
- Category: Keahlian
|
||
- Details
- Category: Keahlian
- Perlu membayar yuran pada waktu yang ditetapkan dan berterusan.
- Perlu memaklumkan kepada Setiausaha Cawangan dengan segera jika berlaku pertukaran alamat atau tempat kerja.
- Perlu berkelakuan baik ketika menghadiri aktiviti kesatuan. Jika tidak, ahli tersebut dilarang menyertai mana-mana aktiviti jika didapati menunjukkan kelakuan buruk.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mengedar mana-mana dokumen atau penerbitan dari KPPK tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif atau Jawatankuasa Cawangan.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mendedahkan atau memberitahu perkara berkaitan KPPK kepada bukan ahli, organisasi atau media tanpa kebenaran.
- Seorang ahli mesti membayar yuran tunggakan atau levi dalam masa 6 bulan selepas menerima penyata tunggakan. Gagal berbuat demikian menyebabkan kehilangan keahlian.
- Details
- Category: Keahlian
|
||
- Details
- Category: Keahlian
Terdapat 3 jenis keahlian :
A) Keahlian Biasa :
Permohonan untuk menjadi ahli mesti dibuat dan mendapat pengesahan dari mana-mana cawangan KPPK, dimana mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan permohonan tersebut tanpa memberi alasan yang munasabah (P3.2). Syarat asas untuk menjadi ahli perlu menjadi guru di sekolah kerajaan dan berumur 18 tahun ke atas.
B)Keahlian Bersekutu :
Terbuka kepada semua ahli yang bersara atau berhenti dari mengajar. Yuran tahunan hanya RM 6.00. Ahli adalah layak untuk melanggan Tabung Khairat Kematian.
C)Keahlian Kehormat :
Keahlian dianugerahkan kepada mana-mana ahli atau individu yang menyumbang perkhidmatan cemerlang kepada KPPK atau profesion perguruan. Keahlian diluluskan oleh para delegasi persidangan yang diakui oleh Lembaga Eksekutif. Keahlian Kehormat tidak mempunyai hak mengundi tetapi mempunyai semua hak lain seperti ahli biasa.