Kepada:

Setiausaha Agung/Setiausaha Kesatuan dan Semua yang Bekenaan,

Tuan/Puan,

PERSIDANGAN PERWAKILAN, MESYUARAT AGUNG DAN SEMUA AKTIVITI PERHIMPUNAN KESATUAN SEKERJA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Jabatan ingin menarik perhatian tuan/puan berhubung Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai COVID-19 bertarikh 16 Mac 2020
mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020
di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1966 dan Akta Polis 1967. Menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 343 dibaca bersama Seksyen 24(a) akta yang sama menjadikan INGKAR LARANGAN adalah satu KESALAHAN JENAYAH.


3. Selaras dengan perintah kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa, Jabatan menegaskan agar sebarang program Persidangan Perwakilan, Mesyuarat Agung, kursus, seminar dan semua aktiviti perhimpunan kesatuan sekerja hendaklah DITANGGUH untuk sementara waktu.

4.Untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu"

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAHARAH BINTIZAINAL ABIDIN)
b.p.Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja,Malaysia


Sila klik di sini untuk muat turun surat asal.