| Yuran | Jumlah | | Yuran pendaftaran (sekali sahaja) | RM 2.00 | | Tabung Khairat Kematian (sekali sahaja) | RM 10.00 | | Tabung Kebajikan (sekali sahaja) | RM 10.00 | | Tabung Pembangunan (sekali sahaja) | RM 10.00 | | Yuran bulanan | RM 5.00 | | Yuran bulanan (Tabung Kebajikan) | RM 1.00 | |
|
- Perlu membayar yuran pada waktu yang ditetapkan dan berterusan.
- Perlu memaklumkan kepada Setiausaha Cawangan dengan segera jika berlaku pertukaran alamat atau tempat kerja.
- Perlu berkelakuan baik ketika menghadiri aktiviti kesatuan. Jika tidak, ahli tersebut dilarang menyertai mana-mana aktiviti jika didapati menunjukkan kelakuan buruk.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mengedar mana-mana dokumen atau penerbitan dari KPPK tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif atau Jawatankuasa Cawangan.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mendedahkan atau memberitahu perkara berkaitan KPPK kepada bukan ahli, organisasi atau media tanpa kebenaran.
- Seorang ahli mesti membayar yuran tunggakan atau levi dalam masa 6 bulan selepas menerima penyata tunggakan. Gagal berbuat demikian menyebabkan kehilangan keahlian.
|
|
|
Hak bagi ahli biasa terbahagi kepada 3 aspek : a) Hak Pengundian: - Ahli Biasa boleh menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana ahli yang berminat untuk bertanding bagi mana-mana jawatan.
- Ahli Biasa layak untuk mengundi dalam kelakuan rahsia semasa pilihanraya cawangan atau ibupejabat.
- Ahli Biasa mempunyai hak untuk bertanding dalam mana-mana jawatan samada di peringkat cawangan atau ibupejabat berdasarkan jawatan kosong.
- Hak untuk terpilih sebagai Pemegang Amanah, Audit Dalaman, Pemeriksa Undi atau Penimbang Tara.
b) Hak Kewangan:
- Hak ke atas manfaat dari Tabung Kebajikan, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Tindakan Perusahaan.
- Layak untuk memohon pengecualian yuran bulanan jika menyambung belajar atau menghadiri kursus lebih dari 6 bulan tanpa perlu membayar atau bayar separuh sahaja.
- Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
- Hak ke atas pemeriksaan Buku Pendaftaran dan Akaun Kesatuan.
- Hak untuk membuat aduan bertulis kepada Audit Dalaman mengenai penyelewengan kewangan.
c) Lain-lain Hak: - Hak untuk merahsia pengundian bertulis ke atas pindaan undang-undang KPPK merujuk kepada peningkatan yuran keahlian atau perkara berkaitan pengurangan manfaat kepada ahli-ahli.
- Hak untuk membuat rujukan bertulis berkaitan percanggahan industri ke Setiausaha Cawangan.
- Boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KPPK.
- Boleh menikmati penerbitan siaran KPPK dari masa ke semasa.
- Boleh menyertai mana-mana Skim Insurans yang diperkenalkan oleh KPPK.
- Jika terdapat tindakan disiplin diambil ke atas ahli, kes tersebut akan dirujuk kepada Tribunal Pengadilan dan merayu kepada Delegasi Persidangan, jika didapati bersalah oleh Tribunal Pengadilan.
|
|
|
|
<< Start < Previous 11 12 13 14 15 16 17 18 Next > End >>
|
| Results 61 - 64 of 71 |