|
Kepada : Semua Ahli KPPK Cawangan Johor Melalui : Semua Wakil Sekolah KPPK Cawangan Johor. Saudara/saudari, Pemilihan Pemain Pesta Sukan NUTP Sukacita dimaklumkan bahawa KPPK Cawangan Johor adalah dalam usaha mencari pemain untuk Pesta Sukan NUTP yang akan diadakan di Perak pada 31 Julai, 2009 hingga 2 Ogos, 2009 bagi mewakili KPPK Cawangan Johor. Sehubungan dengan itu, jenis pemainan sukan yang akan dipertandingkan adalah Bowling (Lelaki & Perempuan), Bola Tampar (Lelaki & Perempuan) dan Bola Jaring. Untuk itu, satu pemilihan pemain akan diadakan ditempat-tempat berikut : - Bowling (Lelaki & Perempuan) Tarikh : 15 Mac, 2009 (Ahad) Tempat : Summit Bowl, Batu Pahat. Masa : 2.00 petang Bola Tampar (Lelaki & Perempuan) Tarikh : 15 Mac, 2009 (Ahad) Tempat : Gelanggang Tertutup Bola Tampar (MCA Kampung Merdeka, Batu Pahat.) Masa : 2.00 petang Bola Jaring Tarikh : 15 Mac, 2009 (Ahad) Tempat : Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Masa : 4.00 petang. Harap maklum bahawa semua perbelanjaan perjalanan adalah ditanggung sendiri. Sekian, terima kasih. |