KPPK Johor |
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
Kajian Mengenai Guru Opsyen Pertama Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Menengah/Sekolah Rendah

Merujuk kepada perbincangan Jawatankuasa Khas Task Force Isu Kekurangan Guru Di Sekolah SJKC/SJKT yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 16 Mac 2012.

2. Pihak KPPK ingin mengumpul maklumat guru-guru yang mempunyai opsyen Bahasa Cina/Bahasa Tamil yang kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti atau Pendidikan Jarak Jauh.

3. Setelah kembali mengajar, guru-guru tidak mengajar opsyen Bahasa Cina/Bahasa Tamil tetapi mengajar mata pelajaran lain.

4. Sehubungan dengan itu, pihak KPPK berharap saudara/saudari dapat mengisi borang maklumat guru seperti yang dilampirkan untuk tindakan KPPK Ibu Pejabat.

5. Sila kembalikan borang yang dilampirkan untuk tindakan KPPK Ibu Pejabat dengan segera sebelum 22 Mac 2012.

Sila klik di sini untuk muat turun surat dan borang.

 

Sekian, terima kasih.

Seminar Bahasa Tamil 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa KPPK Cawangan Johor akan menjalankan Seminar Bahasa Tamil 2012 seperti berikut :-

              Tarikh    :  18 Februari 2012 hingga 19 Februari 2012
              Tempat  :  Hotel Prime City, Kluang.

Sehubungan dengan itu,  suka kami jelaskan bahawa pemilihan peserta adalah tertakluk kepada minat seseorang ahli KPPK itu sendiri.Pemilihan peserta adalah berlandaskan ‘siapa cepat dia dapat’.  Mereka yang terpilih akan dihubungi kelak.

KPPK Cawangan Johor akan menyediakan alat tulis, makan dan minuman teh.  Penginapan disediakan untuk peserta yang datang dari luar daerah Kluang sahaja. (muktamad)

Kepada saudara/saudari yang berminat, sila lengkapkan borang jawapan yang dilampirkan dan kembalikan dengan segera ke Pejabat KPPK Cawangan Johor.  Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Januari 2012.

Sekian untuk makluman dan tindakan saudara/saudari.  Terima kasih.



Yang benar,

(TEY MENG SENG, A.M.N))
Setiausaha
KPPK Cawangan Johor

Read more...
Taklimat SBPA oleh KPPK Johor

Taklimat khas SBPA oleh Pegawai-pegawai KPPK Cawangan Johor akan diadakan pada :

  Hotel Katerina, Batu Pahat   Tarikh    :   18 Disember 2011
                                                   Masa     :    2.00 pm hingga 5.00 pm

  Hotel Prime City, Kluang        Tarikh    :   19 Disember 2011
                                                  Masa      :   8.00 pm hingga 10.00 pm

Wisma KPPK Caw. Johor          Tarikh     :   20 Disember 2011
                                                  Masa       :   8.00 pm hingga 10.00 pm

M Suites Hotel, Johor Bahru    Tarikh     :    23 Disember 2011
                                                  Masa       :     8.00 pm hingga 10.30 pm            

<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 33 - 36 of 114
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.