KPPK Johor |
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
Taklimat/Sesi Dialog Daerah Kluang

Kepada:
Semua Wakil Sekolah KPPK
Daerah Kluang,

Saudara/saudari,

Taklimat/Sesi Dialog

Taklimat/Sesi Dialog berkenaan isu-isu semasa, NPQEL dan Perintah Am oleh pemimpin

KPPK Cawangan Johor bersama ahli-ahli KPPK Daerah Kluang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2015 (bersamaan hari Khamis)
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat: Hotel Prime City, Kluang

Semua ahli KPPK/NUTP di sekolah saudara/saudari dan seluruh Daerah Kluang adalah dijemput hadir ke taklimat & sesi dialog ini.

 (Wakil Sekolah diminta pamirkan notis ini di bilik guru. Terima Kasih)


Yang benar,

(Tey Meng Seng, A.M.N.)
Setiausaha
KPPK Cawangan Johor

Taklimat/Sesi Dialog Batu Pahat
Taklimat/sesi dialog di antara pemimpin KPPK Cawangan Johor bersama ahli-ahli KPPK Daerah Batu Pahat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 3 April 2015 (bersamaan hari Jumaat)
Masa  : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat: Hotel Katerina, Batu Pahat.

Semua ahli KPPK/NUTP daerah Batu Pahat adalah dijemput hadir ke taklimat & sesi dialog ini.
(Wakil sekolah diminta pamirkan notis ini di bilik guru.)

Terima kasih.
Seminar 4 Bahasa 2014
Kepada:

Semua Ahli KPPK Cawangan Johor.


Melalui:
Semua Wakil Sekolah.


Saudara/saudari,


Seminar 4 Bahasa 2013 (Bahasa Melayu/Inggeris/Cina/Tamil)

Sukacita dimaklumkan bahawa KPPK Cawangan Johor akan menjalankan Seminar 4 Bahasa 2014 iaitu Seminar Bahasa Melayu/Inggeris/Cina/Tamil seperti ketetapan berikut :-


Tarikh : 8 & 9 Ogos 2014
Tempat : Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor.


Sehubungan itu, kepada ahli-ahli KPPK Johor yang berminat sila lengkapkan borang jawapan yang dilampirkan dan kembalikan kepada Pejabat KPPK Johor dengan melampirkan bersama sekeping cek/postal order (bayaran persendirian) bernilai RM 100.00 atas nama KPPK Johor. Bayaran berkenaan adalah sebagai deposit penyertaan dan akan dikembalikan pada hari pendaftaran seminar. Tarikh tutup penyertaan adalah 17 Julai 2014.

KPPK Cawagan Johor akan menyediakan alat tulis, makan dan minum teh. Penginapan disediakan untuk peserta dari Luar Daerah Batu Pahat sahaja (muktamad).


Pemilihan peserta adalah tertakluk kepada minat seseorang ahli KPPK itu sendiri. Keutamaan diberi kepada ahli KPPK yang belum pernah menyertai seminar ini.  Hanya mereka yang terpilih akan dihubungi kelak.


Sekian untuk makluman dan tindakan saudara/saudari. Terima kasih.

Yang benar,
(TEY MENG SENG, A.M.N))
Setiausaha
KPPK Cawangan Johor
Lprn.
TMS/rjn


Sila klik di sini untuk muat turun borang jawapan

<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 13 - 16 of 114
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.