| KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA | | BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBERR MANUSIA | | ARAS 1-5, BLOK E12, | | KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, | | PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKETUAN | | 62604 PUTRAJAYA |
Ruj Tuan : Ruj. Kami : KP(BPPK)111/6 Jld 5 (6) Tarikh : 30 November 2009
Semua Ketua Jabatan / Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengarah Institut Penguruan Malaysia (IPGM)
Semua Pengarah Kolej Matrikulasi
Semua Ketua Nazir Negeri
Semua Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, MAKLUMAN KAEDAH PERMOHONAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG48, DG52, DG54, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA34 DAN DGA38 SERTA ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 26 TAHUN 2010 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun 2010, Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mengalami pengurangan peruntukan kesan dari pengurangan jumlah peruntukan yang diterima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan pengurangan peruntukan yang diterima bagi melaksanakan PTK ini, Lembaga Penilaian Kompetensi KPM (LPKKPM) Bil. 7/2009 yang bersidang pada 18 November 2009 telah membuat keputusan untuk menjalankan kaedah Penilaian Pemahaman (Subjektif) pada tahun 2010 sebagai alternatif kepada kaedah Pusat Penilaian Kompetensi (PPK). 3. Untuk membolehkan PTK dapat dilaksanakan dengan sempurna pada tahun 2010, permohonan menduduki PTK bagi PPPS Gred DG48, DG52, DG54, PPPLD Gred DGA34 dan DGA38 serta AKS Gred 26 tahun 2010 akan dibuka mulai 1 - 28 Februari 2010 secara atas talian. Pemakluman tarikh PTK, tiket peperiksaan dan lain-lain makluman akan dimuat naik ke laman web BPPK http://apps.emoe.gov.my/bppk dari semasa ke semasa dan pemakluman secara hardcopy tidak akan dikeluarkan kepada calon/ jabatan. 4. Bagi calon yang telah mendaftar pada tahun 2009 tetapi tidak ditawarkan atau menolak tawaran Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) 2009, calon dikehendaki untuk mendaftar semula bagi mengikuti PTK Tahun 2010 secara atas talian apabila permohonan dibuka kelak. Sehubungan itu, calon/ jabatan tidak perlu lagi menggunakan sistem permohonan dengan perisian PTKBPPKe4.1A 5. Surat siaran ini dikeluarkan sebagai notis awal dan pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dipohon memanjangkan maklumat ini kepada semua anggota/jabatan dibawah pentadbiran masing-masing. Maklumat ini juga boleh didapati pada laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) http://apps.emoe.gov.my/bppk. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "CINTAIILAH BAHASA KITA" |